Air Mani Wanita Ketika Bersetubuh

Soalan

Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan. Walau bagaimanapun sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenalpasti bagaimanakah rupa mani perempuan. Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.

Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan sek melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.

Jawapan

Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat. Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut. Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.

Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani ‘. “.

Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was. Wallahu A’lam.

Anda Juga Meminati :

Zakar Pendek, Air Mani Anda Kurang?

Tips Memontokkan Dan Menegangkan Semula Payudara

Penjagaan Faraj/Keputihan

About these ads

3 comments

  1. Ketika bersetubuh isteri saya kurang air mazi?mengapa? Dan apa cara solusinya.

    1. Memang dalam keadaan teruja seksual, perjalanan darah lancar masuk ke dalam ruang otot alat sulit yang menyebabkan ketegangan alat kelamin dan penghasilan rembesan cecair dalam salur kencing atau air mazi. Kelicinan dalam salur kencing memudahkan ejakulasi apabila lelaki itu klimaks.

      Jika ereksi lega tanpa ejakulasi dan alat sulit mula mengecut dan memendek, lebihan air mazi akan terkeluar. Jika alat kelaminnya tidak mengecut dan kekal dalam keadaan pejal, air mani akan kekal juga, tidak terkeluar daripada salur kencing kecuali alat sulitnya dilurut dengan tangan, baru akan kelihatan sedikit cecair jernih terkeluar dari lubang kencing.

      Jadi tidak semestinya air mazi terkeluar setiap kali ereksi berlaku atau lelaki itu teruja seks. Anda tidak perlu khuatir jika tidak nampak pengeluaran air mazi dari salur kencing atau air mazi kurang.

      Jarang sekali salur kencing radang akibat jangkitan yang menekan pepundi salur kencing menghasilkan air mazi dan ketika itu akan kelihatan pengeluaran cecair jernih yang adakalanya bercampur nanah walaupun alat sulit tidak menegang. Apabila radang itu lega, selepas mendapat rawatan sewajar air mazi tidak terkeluar lagi.

      Ada juga keadaan yang mana air mazi keluar dengan banyak ketika lelaki itu teruja seksual dan keadaan ini dikenali sebagai ‘resdung zakar’

  2. Jika tidak bersetubuh, dgn pakaian lengkap kami berdua hanya menghairahkan sama sendiri. Adakah bole berlaku kehamilan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,465 other followers

%d bloggers like this: