5 Ucapan Suami Makin Sayang

Mahu Buat Suami Makin Sayang?

Ucapkan 5 Hal Ini Lumrah manusia memang suka mendengar hal yang baik dan elok sahaja.Oleh itu,seperti juga wanita,kaum lelaki juga memang suka jika mendengar kata-kata yang berupa pujian dan sanjungan dari pasangannya.

Jika anda isteri yang mahu agar suami setiap hari makin sayang dan bertambah erat perasaan cintanya,apakata anda amalkan mengucapkan 5 hal yang dinyatakan dibawah..

1)Ucapan I Love You
-Masa bercinta ucapan I Love You memang biasa dan sering diucapkan.Tapi bila dah berkahwin apatah lagi jika perkahwinan menjangkau ke usia yang lama ianya amat jarang diucapkan.Apa salahnya anda amalkan mengucapkan kata-kata keramat ini kepada suami sendiri tanpa mengira masa dan tempat.Pastinya si suami akan senang mendengar ucapan yang romantis dari anda.

2)Katakan Anda Bahagia Bersamanya
-Apa saja yang dilakukan oleh suami untuk mengembirakan anda adalah kerana dia mahu anda rasa bahagia bersamanya.Lalu jangan ragu untuk memberikanpenghargaan atas segala tindakan baik yang dilakukannya seperti menghadiahkan anda sesuatu yang anda inginkan.Katakanlah padanya bahawa anda bertuah dan bahagia memiliki suami sepertinya.Ini akan membuat dirinya rasa dihargai dan diperlukan.

3)Ketawa Ria Di Depannya
-Jika ada sesuatu atau kelakuannya yang membuat anda merasa lucu dan senang hati,luahkanlah perasaan anda dan ketawalah dengan bebas didepannya.Seorang suami akan merasa bahagia bila melihat isterinya ceria dan gembira.

4)Nyatakan Anda Bangga Dengannya
-Semua lelaki memang suka dan berbesar hati jika dirinya dibanggakan oleh orang yang disayangi.Jadi,cubalah sesekali bila anda dan suami berduaan,nyatakan rasa bangga anda terhadapnya.Misalnya bangga kerana sifatnya yang penyayang dan lain-lain.

5)Puji Sikapnya
-Siapa pun memang suka bila dipuji.Apa salahnya jika suami melakukan sesuatu kerja,anda bertindak menyenangkan hatinya.Walaupun kerja yang dilakukan merupakan hal remeh atau kecil,misalnya bila dia mencuci sendiri gelas yang digunakannya,usah lupa memberikan dia pujian biar sedikit.Pastinya suami anda akan merasa senang dan gembira.

Amalkanlah mengucapkan kelima-lima hal yang dinyatakan kepada suami dengan jujur dan ikhlas.Pastinya anda akan berjaya membuat hati suami berbunga-bunga dan menjadi isteri yang disayangi sentiasa.

Sekian.Semoga bermanfaat buat para isteri dan semua yang bakal menjadi isteri.
Terimakasih.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,503 other followers

%d bloggers like this: