Punca Kemandulan Bagi Lelaki

Punca Utama Penyebab Kemandulan Lelaki
MASALAH kesuburan bukan pelik. Malah, kebanyakan pasangan baru berkahwin mengalami masalah ini, di mana mereka sukar mendapat zuriat. Namun, ia boleh berlaku kepada mereka yang lama berkahwin atau ada anak. Seorang wanita pernah memberitahu dia berusaha mendapatkan anak ketiga namun masih gagal selepas empat tahun mencuba. Ini menunjukkan ia boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira jika pada awalnya mereka ‘subur’ dan berjaya mendapatkan anak. Pendek kata, kesuburan manusia tidak kekal selama-lamanya.

Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya berisiko menghadapi masalah ini. Bagi lelaki, sperma dalam air mani boleh berkurangan atau tidak aktif selepas beberapa tahun meskipun sebelum itu ia aktif. Adakala, ada juga lelaki langsung tiada sperma selepas mempunyai dua atau tiga zuriat. Bagi lelaki yang ada masalah seperti ini, ia digelar kemandulan. Istilah ini digunakan bagi mereka yang tidak dapat menghasilkan benih atau sperma.

Untuk suami yang mengalami masalah mandul selepas mempunyai anak, ia dipanggil masalah kemandulan sekunder, iaitu dia pernah subur tetapi kini tidak. Mereka yang mengalami masalah ini perlu menjalani ujian air mani. Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan lebih komprehensif. Bagi pasangan yang mahu menambah cahaya mata, si suami terutamanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Merokok, obesiti dan malas bersenam hanya menambah masalah kesuburan. Merokok dikenal pasti boleh menyebab kemandulan lelaki.

Obesiti dan memakai pakaian dalam ketat membuat buah zakar terperangkap dalam lemak badan, maka dengan suhu badan tinggi, kilang sperma tidak dapat berfungsi dengan baik. Obesiti boleh menyebabkan tahap hormon testosterone menurun dan secara tidak langsung mengganggu proses penghasilan sperma. Kepada lelaki yang mengalami masalah kesuburan sekunder, hentikan merokok dan jika ada masalah obesiti, turunkan berat badan serta guna pakaian dalam longgar.
Bagaimanapun, jarang keradangan boleh berlaku kepada buah zakar akibat infeksi kuman virus seperti ‘begok’ atau ‘non-specific’. Namun, jika keradangan buah zakar ketara, kilang buah zakar boleh rosak dan ia tidak dapat menghasilkan sperma. Kini dengan rawatan moden, sperma boleh disedut daripada salur kecil sperma dalam buah zakar untuk tujuan untuk disuntik kepada telur isteri dalam kaedah ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection Technique) dan hasilnya dimasukkan ke dalam rahim seperti kaedah bayi tabung uji.

Seperti saya syorkan kepada suami, mereka harus jalani pemeriksaan komprehensif dengan doktor pakar seperti ujian darah untuk mengukur tahap hormon FSH (hormon kesuburan) dan doktor akan beri rawatan sewajarnya selain mengamalkan gaya hidup sihat. Kepada yang mengalami masalah terbabit, teruskan usaha untuk mendapatkan anak. Mudah-mudahan berjaya.

Dikuasakan Oleh

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: