Strategi Memikat Wanita Idaman Anda

7 Strategi Memikat Wanita.

Adakah anda tidak ada teman wanita? Anda rasa kesunyian yang amat sangat kerana tidak ada sesiapa untuk berkongsi pendapat? Oleh kerana itu, anda mula lemah semangat dan tidak tahu apa yang hendak di buat.

Saya faham masalah anda. Setiap manusia mempunyai tahap iman yang berbeza-beza. Bagi mereka yang beriman teguh sudah tentu mereka tidak ada masalah. Bagaimana dengan anda? Adakah iman anda teguh?

Jika tidak, hanya ada satu penyelesaian iaitu berkahwin dan anda boleh hidup bahagia sehingga akhir hayat. Persoalannya, dengan siapa anda ingin berkahwin? Jika iman dan asas akidah anda kuat, sudah tentu anda boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja sama ada pilihan ibu bapa atau pilihan anda.

Jika tidak, anda pasti ada wanita yang anda ingin berkongsi kasih atau lebih tepat wanita idaman. Bukan senang untuk memikat wanita idaman jika anda dan si dia ibarat langit dan bumi. Namun, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Strategi Pertama : Majukan Diri Anda.

Lihat keadaan diri anda. Adakah baju anda selekeh? Adakah muka anda bersih? Adakah badan anda tegap? Adakah anda selalu memakai selipar. Walaupun cinta itu buta, anda boleh memikat si Dia dengan lebih laju jika anda

  • Mempunyai personaliti yang menarik.
  • Nampak segak dan tegap.
  • Penampilan yang bersih.
  • Smart dan wangi.
  • Bijak bermain kata-kata.

Anda perlu ubah diri anda. Jadikan diri anda lebih baik dari dahulu. Pergi ke gym untuk workout badan anda. Jadilah lelaki sejati dengan memiliki tubuh yang menawan, badan anda pun sihat.

Sosialkan sedikit diri anda. Jika anda seorang pendiam, cuba berkenalan dengan beberapa orang dan rapatkan diri dengan mereka. Anda tidak boleh kata tidak, anda perlu fikir anda terpaksa lakukannya. Sosial tidak bermakna anda perlu melakukan perkara negatif seperti bergaul lekaki dan perempuan atau pergi ke kelab malam.

Sosial yang maksudkan adalah bergaul dengan masyarakat. Jika anda baru di satu-satu kawasan, pergi ke surau atau masjid. Mula berkenalan dengan penduduk setempat. Mempunyai kenalan akan memberi keberanian kepada anda untuk berkata-kata dan satu personaliti yang menarik. Anda pun akan lebih berani untuk berkata-kata dengan si dia nanti.

Majukan diri anda, bersosial dengan masyarakat dan jadi seorang yang ceria. Anda juga perlu sentiasa belajar perkara baru dalam hidup anda. Katakan Si Dia minat memanah, apa lagi tunggu? belajar memanah dan pikat si dia. Selain itu anda juga boleh belajar apa sahaja yang anda tidak tahu supaya anda akan jadi lebih bijak. Walaupun anda tidak handsome, si Dia mungkin terpikat dengan kebijaksanaan anda.

 

Strategi Kedua : Ambil Masa Dan Selalu Berfikir.

Jangan gelojoh! Anda perlu tenang untuk memikat gadis terutamanya si dia. Percaya pada kata hati anda, perhatikan apa yang gadis idaman anda suka dan apa yang beliau tidak suka. Jika si dia tidak suka orang yangmerokok, anda janganlah merokok.

Memang cinta itu buta, namun, anda dapat pikat si dia dengan lebih mudah jika karakter yang ada di dalam diri anda di sukai olehnya. Selalu berfikir sebelum bertindak. Contohnya, jika si dia selalu berbual-bual dengan lelaki lain, anda jangalah terburu-buru menganggap si dia tidak suka akan anda.

‘ Be a man, not a loser’

Siasat apa yang di gemarinya, apa yang tidak di gemarinya. Anda perlu bijak. Jika kawan si dia suka shopping, si dia mungkin juga suka akan shopping. Namun, perkara paling mudah sekali untuk mengetahui perkara yang si dia suka adalah tanya pada beliau sendiri.

Strategi Ketiga : Jadi Seorang Yang Yakin, Bukannya Seorang Yang Terdesak.

Ingat! Jangan terlalu terdesak untuk memenangi hati si dia. Anda perlu yakin dengan strategi anda. Cara anda pandang, cara anda berjalan, cara anda bercakap, cara anda bertindak, semuanya perlu di lakukan dengan yakin.

Anda jangan tunduk kepala dan menjadi seorang yang malu. Anda perlu yakin. Keyakinan akan menarik hati si dia kerana perempuan sangat suka berdamping dengan seseorang yang dapat memberi perasaan selamat dalam dirinya.

Jika anda yakin, si dia akan rasa selamat untuk berdamping dengan anda. Jangan tunjukkan diri anda terdesak untuk membuktikan sesuatu perkara. Contohnya, jika si dia meminati lelaki yang suka bersukan, anda tidak perlu memaksa diri untuk mahir dalam sukan.

Anda perlu yakin apa yang anda rasa anda mampu lakukan. Keyakinan akan menutup segalam kelemahan yang anda ada.

 

Strategi Keempat : Sentiasa Menenangkan Hati Si Dia.

Sentiasa buat si dia selesa untuk bersama dengan anda. Dalam proses memikat, anda perlu pastikan si dia selesa bersama dengan anda. Kata-kata anda janganlah menyinggung perasaannya, tindakan anda juga janganlah memalukan si dia.

Untuk hidup bahagia, anda perlu ubah diri anda menjadi seseorang yang akan memberi ketenangan pada si dia. Anda perlu hormat dia sebagai wanita dan layan beliau sebagai seorang manusia. Manusia mahukan kasih sayang dan perhatian terutama dari orang yang di kasihi jika si dia sudah mula selesa dan meminati anda.

Jaga lenggok bahasa tetapi jadi diri sendiri. Perempuan yang baik selalunya akan menggunakan kata diri saya. Bagi anda yang kasar, anda mungkin sentiasa menggunakan kata diri aku. Anda tidak perlu ubah tetapi jaga perbualan anda supaya sentiasa memberi keselesaan pada si dia.

 

Strategi Kelima : Pastikan Hidup Anda Tersusun.

Susun hidup anda. Pagi, mungkin anda akan bersenam untuk menyihatkan badan. Kemudian, anda mungkin akan pergi kerja atau ke kelas untuk belajar. Pada petangnya, mungkin anda menguruskan kehidupan anda.

Tidak kira apa jadual hidup anda, yang penting, hidup anda perlu tersusun. Pakaian dan penampilan haruslah tersusun. Hidup anda yang tersusun akan memberi anda ketenangan untuk memikat si dia. Anda tidak boleh menyarung baju yang dua tiga hari tidak di basuh untuk berjumpa dengan si dia.

Hidup yang tersusun akan menjadikan anda seorang yang lebih menarik untuk di minati oleh si dia. Jika anda agama Islam, susun kehidupan supaya sentiasa menunaikan kewajipan yang di tuntu oleh agama.

Wangian juga boleh membantu anda memikat🙂

Strategi Keenam : Sentiasa Memberi Kejutan.

Beri kejutan kepada si dia. Ucapkan hari jadi pada hari kelahirannya. Sentiasa menolong si dia jika si dia ada masalah. Lakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan si dia dan seterusnya terpikat dengan anda.

Katakan si dia adalah pelajar tahun akhir dan sibuk dengan projek tahun akhir, anda perlu ambil berat dan beri kejutan kepada si dia. Antara kejutan yang boleh anda beri adalah

  • Membantu beliau menyiapkan projek tahun akhir.
  • Memberi semangat ketika beliau sedang putus asa.
  • Mengajak si dia untuk keluar dan menenangkan fikiran.

Jadi seorang yang kreatif. Pikat si dia dengan aktiviti yang tidak di sangka-sangka oleh beliau.

Strategi Ketujuh : Serius Dalam Tindakan.

Strategi ketujuh adalah pelengkap kepada teknik memikat si dia. Anda perlu serius jika anda ingin memikat si dia. Dengan hanya berharap untuk di sukai dan tiada usaha, ia tidak akan berkesan. Ke enam-enam strategi di atas, anda perlu serius untuk praktikkan.

Anda perlu serius untuk bertindak. Anda perlu serius ketika hendak menghampiri si dia. Serius! Serius! Serius! Jangan main-main. Ketika anda membaca strategi ini, pastikan anda serius. Tanamkan keazaman dalam diri anda.

 

Penutup

Setiap insan di bumi akan ada jodoh walaupun anda rasa anda hodoh atau cantik. Janganlah menilai seseorang itu secara luaran sahaja. Sedang anda berusaha memikat si dia, janganlah lupa pada kuasa yang esa iaitu Allah S.W.T.

Sentiasa minta petunjuk dari-Nya. InsyaAllah semua usaha anda akan berbalas. Kadang-kadang sedang anda mengejar kebahagian di dunia, anda perlu tahu bila ingin berhenti. Jika si dia sudah bertunang atau berkahwin, janganlah anda bersungguh-sungguh memikatnya kerana dia sudah menjadi hak orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: