Sebab Isteri Menolak Hubungan Kamar

isteri dingin seks

4 Sebab Isteri Menolak

Jika isteri anda menolak untuk adakan hubungan seks, pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran dia. Anda  perlu segera ambil tahu dan selesaikan masalah ini dengan segera jika anda mahu hubungan anda berdua berkekalan. Anda boleh  gunakan maklumat yang bakal saya beri di dalam artikel ini untuk kenal pasti masalah isteri anda. Dari punca masalah, anda boleh pujuk isteri anda untuk atasinya. Berikut adalah empat sebab yang mungkin mempengaruhi isteri anda untuk menolak hubungan seksual:

pertama: Takut.

Psikologi sentiasa memainkan peranan yang penting  pada wanita. Jika mereka takut, mereka tidak akan lakukannya. Ada wanita takut kalau–kalau hubungan seks adalah sangat menyakitkan. Ada juga yang takut untuk mempunyai anak dan mereka rasa mereka tidak bersedia untuk rasa kesakitan melahirkan anak. Perasaan takut ini membuatkan mereka menolak ajakan anda untuk berhubungan seksual.

 kedua: Pandangan yang negatif.

Ada wanita yang tidak suka berhubungan dengan pasangannya kerana mereka jijik dengan aktiviti seks. Mereka malu melihat kemaluan pasangan dan tidak mahu kemaluan mereka di sentuh oleh lelaki. Perasaan negatif ini akan mempengaruhi mereka untuk menolak pelawaan seks dari si suami.

ketiga: Faktor biologi.

Apabila isteri anda baru melahirkan anak atau sedang mengandung atau memasuki umur pra monopous atau sakit, rembesan hormon adalah berbeza dari kadar normal. Jadi, mereka tidak ada mood untuk adakan hubungan seks.

keempat: Masalah luar.

Isteri anda menolak ajakan seks dari anda mungkin di sebabkan dia tiada mood. Mungkin dia ada pergaduhan di tempat kerja atau tertekan dengan masalah hidupnya. Wanita suka berfikir dan jika fikiran mereka serabut, mereka pasti tidak ada mood untuk adakan hubungan seks.

Keempat–empat sebab di atas adalah penyebab utama kenapa isteri menolak ajakan seks anda. Anda atasilah masalah yang timbul menggunakan kebijaksanaan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: