Sukar Ereksi Kerana Air Mata Wanita

Spices Of Heart/

Airmata Wanita Membuat Lelaki Sukar Ereksi

Maaf, jika melihat pada tajuk dan membaca artikel ini mungkin anda merasakan tulisan ini agak mengada-ada, tetapi inilah faktanya. Anda harus membaca sampai habis agar tidak sembarangan menangis di depan pasangan/suami.”Tahukah Anda, lelaki lebih suka melihat wanita yang sedang marah daripada menangis, kerana air mata wanita akan membuatkan lelaki lebih sukar ereksi.”Tahukah Anda, jika disuruh memilih, kebanyakan lelaki lebih suka melihat wanita yang sedang marah dibandingkan dengan wanita yang sedang menangis.Menurut lelaki, wanita yang sedang marah nampak lebih seksi, menggoda dan nafas yang tidak teratur membuatkan payudarawanita lebih terlihat menantang dan kilauan marah pada mata wanita kadang-kadang dianggap lelaki seolah-olah memberi signal sebagai ajakan untuk berasmara. Kerana itu ada aktiviti seks yang dinamakan make up sex.

Air Mata Wanita Memiliki Aroma

Rupanya airmata wanita memiliki aroma. Mengikut kajian yang pernah dilakukan oleh team pengkaji dari University, menemukan fakta bahawa ada banyak aroma halus dalam air mata wanita yang selama ini tidak kita ketahui. Beberapa aroma tersebut akan memberi kesan yang besar pada kaum lelaki. Aroma air mata wanita yang dihasilkan kerana emosi berbeza dengan aroma air mata saat mengupas bawang atau terkena habuk. Dalam kajian tersebut, beberapa wanita diminta menonton filem sedih yang memainkan emosi dan membuatkan mereka mengalirkan airmata. Air mata tersebut dikumpulkan dan disapukan pada kapas. Beberapa lelaki pula diminta melihat foto-foto wanita dalam kajian tersebut, dan kesemua mereka menganggap wanita- wanita itu menarik. Tetapi,setelah diminta mencium kapas yang disapu dengan air mata wanita-wanita tadi dan melihat foto wanita-wanita yang sama,mereka menjadi tidak berminat lagi.

Menurunkan Kemampuan Ereksi Lelaki

Selain itu,dalam kajian tersebut juga menunjukkan hampir separuh dari lelaki yang diuji mengalami penurunan kemampuan ereksi setelah mencium aroma air mata wanita. Hasil scan otak menunjukkan bahawa aroma air mata emosional dari wanita memberi efek menekan bahagian otak lelaki yang bertanggungjawab pada kemampuan hasrat seksual. Jadi,jika anda ingin suami tetap jantan tetap prima malam ini, jangan tonton filem sedih-sedih sebelum masuk ke kamar.Jangan menangis di depan si dia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: